May20hb

Gateway FPD2275W 22″ TFT LCD Monitor

Comment 3 Komen Filed Allgemein, Kehidupan, Studio Design, Tips and tricks

2275w

Selepas 4 tahun lebih aku pakai monitor lama aku, Philips 17″ TFT Monitor, minggu lepas monitor aku tu tetiba taklerh nak ON… aku rasa switch dia rosak ko, tapi aku macam malas nak check bebetul sebab banyak kebelakangan ni. So aku beli Monitor baru, Gateway FPD2275W ni. Setakat ni aku memang berpuas aa dengan monitor ni, dengan saiz 22″ tu, skang ni nak buat keje pun makin besar aa ruangnya.

Selain tu, monitor ni dilengkapi dengan 4 usb port, kira selain untuk jadi monitor, lerh gak dijadikan usb hub dan masalah sumber elektrik untuk usb hub tu dah tak timbul, sebab sebelum ni aku guna hub biasa jer, kekadang bila guna bebenda yang amek sumber elektrik dari usb port, akan ada masalah sket.

Selain tu, monitor ni dilengkapi dengan beberapa siri komponen sambungan, dari vga, dvi, s-video dan beberapa lagi seperti tersenarai di bawah:

2275w conn

Tapi dalam banyak² tu, yang aku paling suka sebab takder button yang terkeluar kat mana² bahagian depan monitor ni, semua hidden touch button, hanya akan menyala bila kita sentuh menu. So nampak kemas aa monitor ni. So itu aa kot sedikit sebanyak yang aku lerh cerita… kat bawah ni sebahagian daripada spec aku amek dari web www.gateway.com

  • Viewable Size 22″ (diagonal)
  • Panel Type LCD Active Matrix TFT
  • Resolutions 1680 x 1050 (native and maximum)
  • Brightness 300 cd/m2
  • Contrast Ratio 800:1
  • Response 5ms
  • Colors 16.7 million
  • Viewing Angles 160 / 160
  • Connections Analog (VGA) / Digital (DVI) / Component /
  • Composite / S-Video / (4) USB 2.0
  • Pixel Pitch .282mm
  • Power Consumption 75W
  • Power Savings 5W
  • Power Supply built-in
  • Screen Treatment Antiglare
  • Mtbf (hr, exclude lamp) 50,000
  • Lamp Life (hr) 50,000
  • Dimensions w/ Base (WxHxD) 20.25″ x 17.5″ x 8″
  • Dimensions w/o Base (WxHxD) 20.25″ x 17.5″ x 2.75″
  • VESA Wall Mounting 100mm x 100mm
  • Weight w/ Stand 14 lbs.
  • Weight w/o Stand 12 lbs.
  • Swivel No
  • Height-Adjustable No
  • Tilt Yes
  • Rotation No
  • Kensington Yes
  • Limited Warranty 1 year parts/labor*
  • Approvals UL, cUL, FCC Class B, NOM,CE, TUV/GS, VCCI, TCO?99

okay laa… selamat semua… :)

Baca juga...
May18hb

Maaf kepada semua….

Comment komen? Filed Allgemein, Kehidupan

Assalamualaikum,

Kepada semua yang dok komen apa semua kat eizil.com dalam masa sebulan dua ni, aku minta maaf kalau aku tak sempat nak tgk komen² korang, sejak dua menjak ni ada banyak benda nak kena settlekan. So itu yang macam tak sempat nak buka eizil.com untuk tgk apa semua. Harap semua faham aa… kekadang kita ni sibuk ngan kerja- lain.

Alhamdulillah skang ni aku dah start ngan aku nyer final sem. So dok buat thesis jer skang ni. Buat kali pertamanya aku akan create mesin pertama aku seumur hidup… hehehe… banyak keje… tapi okay aa kot… aku akan start aktif balek ngan blogging insyaALLAH… walaupun dah 2 bulan lebih eizil.com sunyi sepi tanpa entri dari aku. So insyaALLAH ianya akan kembali berisi… banyak ² baru yang aku pelajari gak dalam masa aku takder…

Nanti lerh aa kongsi ngan semua… okay laa… aku chalow dulu… jumpa lagi…

Baca juga...
Apr2hb

Akhirnya selepas hampir sebulan…

Comment 4 Komen Filed Allgemein

Akhirnya aku berkesempatan untuk kembali menulis di atas aku ni, cian kena tinggal dekat sebulan, takder update apa²… sibuk sangat dengan pelbagai yang nak kena diselesaikan.

Pastu baru sempat update Wordpress aku gak… tetiba aku macam pepelik jer tgk aku len macam jer dashboard dia… aku rasa macam lagi syiok jer dashboard yang lama tu…. tapi takper aa… dah dorang nak tukar… layankan jer aa kan… hehehe… :D

Baca juga...
Mar5hb

5 Laman web atau blog yg kerap eizil jenguk

Comment 6 Komen Filed Allgemein, Kehidupan

Kali ni aku kena tagged ngan Fahmishah skali lagi dalam entri dia “5 laman web dan blog selalu fahmishah layari“. hehee… kiranya bertuahnya aku kali ni… ;) sebab kena tag lagi… kekekke… okay jom kita tgk

www.gmail.com

aku mmg buka benda ni tetiap hari… sebab email² penting untuk aku buat masa ni akan masuk kat gmail… kepada sesiapa yang hantar kat email yahoo aku tu… kena tunggu aa seminggu dua baru aku buka… :D

www.eizil.com

sebabkan ini web aku sendiri, tapi memang web ni benda harian yang aku buka gak… sebab biasanya nak kena tgk comment² apa yang masuk… takper kot senaraikan web sendiri… hehee… sekadar nak berlaku jujur ni…

www.bootleggers.us

tempat aku melegakan kepala otak… ni web tempat aku men game bila aku dah sengal² pala otak…

www.stage6.com

antara laman web yang jadi kunjungan aku gak… sebab untuk mendapatkan stock² atau video clip yang aku rasa macam best… ;)

www.wikipedia.org

aku suka dok membaca dalam tu, walaupun dah lama aku tak translate artikel-artikel macam suatu masa dahulu… sebab busy sangat… tapi ni antara web yang aku suka gi aa… :D bahasa Melayu, english ngan deutsch menjadi pilihan…

okay.. untuk senarai blog… aku macam takmao aa senaraikan… sebab sejak dua menjak ni, kekerapan aku menyinggah ke blog lain macam berkurangan sebabkan kesibukan seharian… tapi sesaper yang nampak aku datang dia tu, pepaham jer aa erk…. kekeke…

arini aku tatau nak pass tag ni kepada saper… so kita tangguhkan dulu… :D

Baca juga...
Feb29hb

Pencuri artikel

Comment 11 Komen Filed Allgemein, Kehidupan, blog

Stakat ni aku rasa dah 4-5 artikel dari Eizil.com ni yang di copy atau di salin sebijik² tanpa sebarang kredit di bagi kepada eizil.com, sampai gambar apa semua pun amek dari web aku, pehal jer? dah aa artikel tu just copy n paste, sampai bandwidth aku pun korang nak curi… aku tapaham btul ngan bebudak bloggers baru ni yang nak amek benda mudah jer. Dok copy artikel-artikel dari lain, dan kekonon artikel tu dorang yang tulis sendiri. Bagi aa kredit at least, sumber dari sekian sekian ke.

Sebelum ni bebudak indon jer aku tgk yang suka salin artikel-artikel dalam blog aku ni, skang ni, bangsa melayu sendiri pun dok salin gak? kalau artikel tu memang aku salin daripada email ke apa ke, aku tak kesah pun aa nak salin balek kan, ni artikel yang aku tulis sendiri pun dia salin ikut suka jer… Kalau taklerh nak tulis artikel sendiri, takyah aa nak buka blog. Tak tau ke, yang mencuri tu berdosa. Tak kesah aa curi apa pun kan, bandwidth aku tu, aku bayar sendiri kot, kalau korang amek tanpa kebenaran, maksudnya mencuri tu. isk isk isk… semata-mata untuk sekelumit pendapatan daripada ads² yang korang letak atas tu, korang sanggup mencuri… fikir-fikirkanlah wahai kekawan… duit tu kalau kita buat beli makanan apa semua akan jadi darah daging, dan kalau sumber dia tu dari pencurian… nak ke makan bebenda haram gak ?

fikirkan lah yer… wassalam

Baca juga...
Feb23hb

Yahoo Messenger 9.0 Beta

Comment 3 Komen Filed Allgemein, Studio Design, Tips and tricks, Tutorial, Vista

Kali ni aku cuba buat video tutorial buat pertama kalinya, sebabkan Yahoo Messenger 9.0 Beta ni macam menarik, so aku pun guna aa benda ni untuk video pertama aku ni. Aku minta maaf atau kesilapan perkataan atau sebagainya, sebab pertama kali laa katakan, lagipun memang aku tak plan apa² pun… so jom kita tgk kat bawah ni. Kualiti video kat ni tak berapa nak elok.. nanti aku upload tempat lain untuk kualiti yang cam best.. :D

okay itu sedikit sebanyak mengenai Yahoo Messenger 9.0 Beta ni. Kepada sesiapa yang nak download… lerh tekan sini. http://beta.messenger.yahoo.com kat bawah ni ada beberapa screenshot yang aku tak masukkan dalam video kali ni.

Perenggan.

ym-screen1.jpg

pelbagai skins

ym-screen7.jpgym-screen8.jpgym-screen2.jpgym-screen3.jpgym-screen4.jpgym-screen5.jpgym-screen6.jpg

Baca juga...
Feb21hb

8 Perkara tentang Eizil

Comment 5 Komen Filed Allgemein, Kehidupan

tag-8-perkara

hehehe… Kali ni aku telah di tag oleh Fahmishah . Aku kena senaraikan 8 perkara tentang diri aku… so kat bawah ni aku senaraikan. :D

  1. Aku suka memasak
  2. Aku suka untuk mencuba apa-apa aplikasi yang baru
  3. Suka sangat tgk , anime, drama bersiri.
  4. Aku pengguna , Fujtsu Siemens, Sony Ericsson dan Vodafone yg berjaya…(memacam peralatan aa tu)
  5. Pendengar radio Hot.fm
  6. Masih bujang dan memang nak berkahwin.
  7. Suka makanan pedas
  8. Sentiasa sibuk dengan memacam hal… (lerh ke erk… :D )

Menurut syarat tag, aku dikehendaki menge’pass’kan tag ini kepada 8 blogger bertuah. Saper jer aku nak senaraikan erk… :D yok yok:

Baca juga...
Feb16hb

Almost done…

Comment 1 Komen Filed Allgemein, Kehidupan

P7270314

Smalam aku last day aku tulis exam aku untuk sem ni, weekend ni tinggal nak kena siapkan projek Konstruktion yang nak kena hantar hari isnin ni. Nampaknya abes gak sem ni, maksudnya tinggal satu lagi sem sebelum aku abeskan pengajian aku kat sini, dan tinggal ada 1 lagi exam, satu praktikal lab, 2 seminar, 1 oral exam dan tak dilupakan aku nyer Thesis… kekeke…

Tapi tu semua benda yang akan kena buat semester depan, so skang ni dok lelepak dulu, siapkan apa yang patut untuk sem ni dulu. Semoga semuanya berjalan lancar aaa harapnya. So kepada sesiapa yang dok menunggu aku abes exam untuk memacam Projek atau program yang berderet² dalam list aku ni… Skang ni kita akan kembali bekerja… kekeke…

Sebuk tul hidup ni, lepas abes satu benda, datang lagi benda lain, then datang lagi benda lain… kekekeke tapi memang gitu aa pun kan… kalau tak, bosan laks hidup ni, tatau nak buat apa… Kepada semua yang kat luar tu… Selamat berehat di hari minggu yang indah ni… ;) kecuali kepada beberapa org aku yang dok sebuk buat oditing tu sampai dah lupa apa itu cuti… kekeke…

Baca juga... halaman seterusnya... »

Carian



Terkini


Kategori


Arkib


  • Add to Technorati Favorites